KISAH GELANDANGAN
Assalamualaikum..
kali ini saya ingin berkongsi kisah berkenaan gelandangan. Semua daripada kita
pasti sudah arif berkaitan gelandangan bukan. Dimana-mana kaki kita menjejak,
pasti disitu akan ada gelandangan dan setiap kali itulah, kita pasti akan cuba
untuk menjauhkan diri kita daripada mereka. Seolah-olah gelandangan begitu
jijik bagi kita. Keadaan sebegini telah menyentuh hati saya bagi menceritakan
berkaitan seorang gelandangan yang kami temui ketika dalam perjalanan pulang
daripada kursus kami baru-baru ini.
Kisah
ini diselami dari hati seorang gelandangan itu sendiri. Izinkan saya untuk
berkongsi maksud istilah gelandangan ini. Istilah ‘gelandangan’ atau ‘homeless’ dahulunya
dikenali sebagai Vagrants. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada mentakrifkan
istilah gelandangan merupakan seseorang yang tidak mempunyai tempat tinggal
yang tetap mahupun pekerjaan. Gelandangan ini juga lebih mudah difahami sebagai
mereka yang bukan sahaja tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap,
malahan mereka juga telah hilang kefungsian dalam keluarga ataupun lebih tepat
‘masyarakat’ .
Kisah
ini dimulakan apabila kami sekumpulan sedang asyik berbual dengan seronok
sehingga terlepas pandang bahawa suara kami telah memecahkan keheningan malam
tersebut sehingga mengganggu seorang warga emas yang duduk berhampiran dengan
kami yang lebih tepat digelar seorang ‘gelandangan’. Dengan perlahan, pakcik yang berlainan kaum dan agama tersebut
menghala kearah kami dan menegur dengan baik bahawa tidak elok jika kita
terlalu seronok sehingga mengganggu orang lain. Kami menerima teguran tersebut
dengan hati yang terbuka.
Kisah
ini dimulakan apabila salah seorang daripada kami mula bertanya berkaitan kisah
hidup seorang gelandangan yang sudah berumur lebih daripada separuh abad itu.
Katanya sudah lebih daripada 4 bulan pakcik tersebut duduk ditempat itu. Hal
ini bermula apabila dia menceritakan bahawa dia mempunyai seorang isteri dan
beberapa orang anak. Dia dahulunya bekerja sebagai seorang pemandu lori. Kesilapannya
hanyalah apabila dia telah menukarkan nama rumah kepada nama isterinya. Berkat
daripada pendapatan sebagai seorang pemandu bas, pakcik tersebut membayar duit
rumah dan menanggung keluarganya.
Selepas
penukaran nama rumah dibuat, hal ini kemudian menyebabkan si isteri telah
mula berpaling hati. Isterinya kemudian
telah bernikah dengan seorang lelaki yang telah mempunyai isteri dan anak-anak
yang sudah dewasa. Lantaran itu, pakcik tersebut telah mula membawa diri dari
rumah. Anak-anak mereka mula berpecah dan membawa haluan masing-masing caerita
gelandangan tersebut sambil menahan airmatanya daripada menitis. Setelah itu,
kami mula bertanyakan berkenaan makanan pakcik itu sehari kemudian pakcik
tersebut menjawab bahawa makanannya tidak tentu. Sekiranya ada yang memberi
rezeki pada hari tersebut, dapatlah beliau membeli makanan. Sekiranya tidak,
maka berlaparlah beliau kehari yang seterusnya. Tatkala itu, airmatanya mula
kelihatan menitis. Hati kami sayu apabila melihat seraut warga emas dihadapan
kami mengenang nasibnya yang telah hilang tempat berteduh.
Kami
ada bertanyakan berkaitan pekerjaan yang pernah dilalukan dan tidakkah dia mahu
menyambungnya semula. Kemudian pakcik tersebut menjawab dia telah kehilangan pekerjaan
tersebut sejurus dia meninggalkan perkerjan itu dahulu katanya sambil mengesat
bekas airmatanya. Ternyata tubuh tua itu telah menempuh hidup yang sangat perit
selama 4 bulan yang kadangkala makan, kadangkala tidak. Betul. Duit bukan
segalanya. Tetapi segalanya memerlukan duit.
Perbualan
kami terhenti apabila bas kami sudah mula sampai dan kami bergerak menuju ke
bas tersebut. Salah seorang daripada kami menghulurkan makanan kepada pakcik
tersebut sambil menguntumkan senyuman dan kami mula beredar. Terngiang-ngiang
diingatan saya tatkala pakcik tersebut menyatakan bahawa selama beliau disitu,
hanya awal-awal sahaja anaknya datang menjenguk dan kemudian hilang entah
kemana dan salah seorang anaknya telah dimasukkan kesekolah budak nakal kerana
kesalahan mencuri. Kita sebagai anak sanggupkah kita membiarkan ayah kita hidup
sebatang kara walhal sewaktu kita kecil, tangan itulah yang telah bekerja keras
berusaha mencari sesuap rezeki bagi menyara kita sekeluarga. Hidup ini ibarat
roda. Kadangkala kita diatas, kadang kala dibawah. Kita juga sebagai masyarakat
haruslah bersama-sama mengambil berat antara satu sama lain. Sumbangan yang
tidak seberapa bagi kita itulah mungkin sangat berarti bagi mereka. Setiap
agama juga mengajarkan perkara yang baik. Jadi tidak salah bagi kita membantu meringankan
beban orang lain walaupun berlainan agama kerana sesungguhnya walaupun bantuan
sebesar zarah itulah mungkin yang dapat menyelamatkan kita dihari perhitungan
kita nanti.
Semoga perkongsian saya yang
tidak seberapa pada kali ini dapat membuka mata kita semua seterusnya dapat
memberikan walaupun sedikit ilmu kepada pembaca sekalian.
Sekian, Wassalam…

No comments:
Post a Comment